INCLUDE_DATA

Selamat hari raya semua! :)

20 Sep 2009 In: Uncategorized

Kepada semua pengunjung Blog Nadlique, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin! :D

Amanah Saham Didik (ASD)

28 May 2009 In: Amanah Saham (PNB)

Mari tengok satu lagi produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Amanah Saham Didik (ASD).

Pertengahan tahun 2006 dulu, aku melabur dalam Amanah Saham Didik (ASD) tapi aku keluarkan duit tu balik setahun kemudian. Sebabnya, aku rasa kadar dividen yang diberikan terlalu sedikit. Jadi, aku tinggalkan sedikit sahaja baki dalam akaun Amanah Saham Didik (ASD) aku. Yang lain, aku laburkan dalam Public Mutual. Tapi, ni untuk aku lah. Toleransi aku terhadap risiko agak tinggi.

Masa aku jumpa ejen Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 2006 dulu untuk buka akaun, dia kata, sebaik-baiknya penuhkan akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) dulu, baru labur ke Amanah Saham Didik (ASD). Mengikut dia, kadar dividen ASB paling tinggi.

Apa-apapun, aku rasa Amanah Saham Didik (ASD) ni memang ok juga lah. Pelaburan memang tak rugi (modal tak turun dan tak naik) dan dividen masuk tiap-tiap tahun.

Kalau nak tengok ciri-ciri Amanah Saham Didik (ASD) secara ringkas, sila lawat sini.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) PTPTN

25 May 2009 In: Children

Banyak aku tengok blog-blog orang menceritakan tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) PTPTN ni. Banyak yang dah mula menyimpan duit untuk anak-anak dia orang di situ.

Bagus sangat ke SSPN ni? Kongsilah pandangan di ruang komen di bawah.

Secara ringkas, berikut merupakan antara ciri-ciri Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN):

- Boleh disertai oleh rakyar Malaysia
- Peluang untuk mendapat pinjaman pelajaran PTPTN
- “Matching Grants” untuk ibu bapa yang menerima gaji tak lebih dari RM2,000 sebulan
- Pengecualian dari cukai bagi gaji yang disimpan di dalam akaun SSPN (sehingga RM3,000 setahun)
- Insurans untuk ahli
- Dijamin oleh Kerajaan Malaysia
- Dividen SSPN dikecualikan dari cukai

Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, sila lawat laman web PTPTN di sini.

Bank Simpanan Nasional (BSN) ialah satu organisasi yang ditubuh bagi menggantikan Bank Simpanan Pejabat Pos suatu ketika dahulu.

Salah satu produk BSN yang agak panas ialah Sijil Simpanan Premium (SSP). Sijil Simpanan Premium (SSP) ni skim simpanan berdasarkan sijil. Bagi setiap RM10, satu sijil akan dikeluarkan.

Tarikan utama Sijil Simpanan Premium (SSP) pada pendapat saya ialah pertandingan cabutan bertuah yang disediakan kepada ahli-ahlinya. Setiap bulan rasanya nama-nama akan dipilih.

Untuk baki lebih dari RM2,000, dividen juga akan diberi. Tetapi, saya tak pasti berapa kadar dividen yang diberikan. Sesiapa yang tahu, kongsi di ruang komen ya?

Berikut merupakan antara ciri-ciri Sijil Simpanan Premium (SSP):

1. Simpanan minima ialah RM10, iaitu satu sijil simpanan. Tiada simpanan maksima bagi Sijil Simpanan Premium (SSP). Sijil akan dikeluarkan dalam gandaan RM10.
2. Simpanan dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
3. Sijil Simpanan Premium (SSP) boleh dibeli melalui kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mesin ATM.
4. Peluang untuk memenangi hadiah melalui cabutan bertuah. Sila lihat di sini untuk senarai hadiah.
5. Rakyat Malaysia, penduduk tetap, dan orang asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia boleh menyertai Sijil Simpanan Premium (SSP).
6. Peserta perlu berumur 12 tahun ke atas.
7. Peluang untuk menerima dividen bagi baki RM2,000 ke atas. Sila lihat laman web Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini.

Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, sila lawat laman web Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pergi terus ke cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)

19 May 2009 In: Amanah Saham (PNB)

Permodalan Nasional Berhad (PNB) memang ada banyak produk pelaburan. Salah satunya ialah Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020).

Memang hebat bunyi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) kan?

Setahu aku, kalau melabur dalam Amanah Sawam Wawasan 2020 (ASW 2020) ni, modal akan tetap (tak turun tak naik) dan dividen akan masuk tiap-tiap tahun. Memang melabur dalam Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) ni risiko dia rendah.

Kalau nak tahu ciri-ciri Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) dengan sedikit sebanyak, sila lawat blog ni.

Amanah Saham Malaysia (ASM)

16 May 2009 In: Amanah Saham (PNB)

Baru-baru ini, aku terjumpa satu buku simpanan berwarna emas. Rupa-rupanya buku simpanan Amanah Saham Malaysia (ASM). Entah bila aku buka akaun ASM pun tak tahu lah. Dah berzaman agaknya. Tapi duit dalam akaun tu pun berapa sen je. Hehehe.

Apa itu Amanah Saham Malaysia (ASM)? ASM merupakan salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang popular.

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang ciri-ciri Amanah Saham Malaysia (ASM), sila lawat Nadlique’s Blog of Financial Freedom.

Proton Exora – MPV Malaysia yang pertama

13 May 2009 In: Isu Semasa

Malaysia memang hebat. MPV pertama Malaysia dilancarkan oleh Proton tahun ini.

Mengikut laman web Proton, harga Proton Exora:

1. RM69,548 untuk Proton Exora M-Line 1.6 A/T (Solid)
2. RM69,998 untuk Proton Exora M-Line 1.6 A/T (Metallic)
3. RM75,548 untuk Proton Exora H-Line 1.6 A/T (Solid)
5. RM75,998 untuk Proton Exora H-Line 1.6 A/T (Metallic)

Boleh tahan juga harga Proton Exora. Bentuk rupa Proton Exora pun lawa juga.

Informasi untuk Proton Exora >> Sini, sini, sini, dan sini.

Ada sesiapa akan beli Proton Exora ke nanti? Kongsilah pengalaman di ruang komen di bawah.

PNB telah mengumumkan unit tambahan untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) dan juga Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020). 2.22 billion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) boleh mula dibeli mulai 21 April 2009 manakala 2 billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) pula boleh mula dibeli mulai 27 April 2009.

Jumlah maksimum boleh dibeli seseorang pelabur ialah 20,000 unit.

Sila lihat artikel di The Star di sini.

Video keusahawanan yang teramat bagus.

Double-click ikon di atas. Anda akan dapat lihat video ini secara full screen.

Air Asia telah menjalankan pertandingan “So you wanna be a pilot” sejak dari 1 April 2009 lagi untuk mencari juruterbang kadet yang berpotensi.

Untuk mengambil bahagian, anda perlu menulis blog dan menceritakan kenapa anda ingin menjadi seorang juruterbang. Sepuluh blogger yang terhebat akan diberi peluang menyertai Air Asia sebagai juruterbang kadet. Sila lihat Blog Air Asia.

Pertandingan akan ditutup pada 15 Mei 2009.

Lihat juga video You Tube di bawah yang dibuat untuk mempromosikan pertandingan tersebut.

Ada sesiapa yang masuk pertandingan ni? Kongsilah pengalaman anda di ruang komen di bawah ok?

Mengenai Blog Nadlique

Blog ini adalah mengenai perjalanan saya, seorang pelajar berusia 21 tahun, menuju ke alam "Kebebasan Kewangan". Artikel-artikel dan bahan-bahan mengenai pelaburan, bisnes/perniagaan, keusahawanan, saham, "derivatives", amanah saham, dan hartanah akan dikongsi. Penulis juga akan berkongsi pandangan dan pemerhatiannya tentang kehidupan dan isu-isu semasa.